CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 14, 2011

MengENaL ErTi KesaBaRAN!!!

Assalammualaikum kawan2..


aku harap korang sehat2 belaka lagi2 dibulan ramadhan yg penuh keberkatan ini...inila aku ada mase aku update ada mase ak biarkan aje hikhik...


Saje je nak update blog nie bosan2 heee...so korang cmne menempuh bulan puasa nie??i hope u all tak ada yg tinggal lagi ok mane yg lelaki jelakan kalau wanita itu korang kenela faham2 ye...


Kisah aku di bulan ramadhan ini banyak yg suka dan duka dengan kisah aku yg ini aku harap korang jadikanla ikhtibar kita besama siapa pencipta kita sebenarnya..


Ahad 21/8/2011 genapla setahun episod aku yg lepas dimana aku bersahur,berbuka serta mengerjakan ibadat puase di suatu hospital swasta kisahnya ada ketumbuhan di dada aku,pada mulanya aku sangkakan ianya biase saje setelah lame kelamaan ketumbuhan itu menjadi besar kemerahan aku sering bergurau dengan orang tua aku,bila aku lapar 'ultraman' aku akan menyala kemerahan padahal benda tu memg merah pun..aku masih lagi teringat lagi sabtu pagi tu aku siap bawak mak dan nenek aku pegi bayar duit keta pegi shopping disamping itu aku telah merasakan kesakitan ketumbuhan itu...sementara mak dna nenek tecinta aku beshopping aku sempat melarikan diri aku ke sebuah klinik yang berhampiran dari situ aku mengambil ikhtibar yang sebenarnya aku di uji dengan ujianNYA...doktor berkata dia xdapat buat pape selain membuat pembedahan buang ketumbuhan aku itu bukannya teruk mane pun doktor berkata ini disebabkan darah kotor yang di dalm badan aku tak tahu kemana arahnya maka ia terkumpul di satu tempat dimana di dada aku...setelah mendapatkan rawatan di klinik aku kembali semula mendapatkan mak dan nenek aku yang tecinta selepas aku menghantar mnenek aku pulang aku pergi ke hospital panel aku di shah alam..........:'(


Alangkah terkejutnya aku pabila doktor mengatakan aku akan dibedah petang itu jugak dengan keadaan yang lemah berpuasa aku turutkan...hanya tinggal beberapa jam saje lagi kita semua umat islam akan berbuka puasa tapi alhamdulillah aku juga sempat keluar dewan bedah sebelum azan maghrib..ingin aku katakan sememangnya aku betul2 cuak nak masuk ke dewan bedah hahaha tapi doktor cakap lu steady bro jangan gelabah tak de pape pn hahaha doktor bius tu bole lak wat hal macam tu...aku ditolak oleh nurse ke dewan bedah sambil di iringi oleh mak kesayangan aku dengan melihat air mukanya yang seperti hendak menitiskan air mata tetapi die tetap sabar dan tabah menunggu aku dan terus menunggu aku sehingga aku keluar dewan bedah...


Tolak punya tolak aku sampai dalam bilik pembedahan pindah katil bedah pergghhhhh hanya TUHAN saja yang tahu keadaan aku mase tu...selepas doktor bius bagi aku bius aku terus tak sedar pape hampir 1jam aku didalam barula aku sedar tetapi keadaan aku mamai aku tak ingat keadaan aku dengan keadaan mamai aku masih ada jugak terasa sakitnya mulut aku kerana doktor tu lupa nk cabut pe benda tah namenye tu sakit gakla mau taknye bende tu terjolok sampai anak tekak wooo perit2...selepas 2jam barulah aku kembali ke wad aku yang bestnye awek2 yang jage aku hahhaha abaikan dorng tu tak penting pun hikhik..so disitula aku diajar dan mengajar erti kesabaran yang aku lalui peritnya nak mandi dan selama sebulan lebih jugakla aku berulang alik ke hospital ingin mendapatkan rawatan lanjut serta cuci luka di dada aku ini....3hari aku berada di hospital dengan kebosanan melanda diri aku tetap tabah..


Tanggal 23/8/2010 aku keluar hospital dengan kesedihan didalam diri aku ini kerana pada tarikh aku keluar hospital itu jugala tarikh kelahiran aku...betapa sedihnya aku dengan ditambah kereta aku dilaggar orang pula....dalam mase 3hari aku di uji bermacam2 dugaan tetapi aku sabar dan terus besabar..inila dikatakan mengenal erti kesabaran...


Dengan kehadiran bulan ramadhan kali ini aku amat besyukur kepadaNYA kerana diberi peluang untuk teruskan kehidupan yang penuh berliku ini..diberi peluang untk bersame dengan orang2 yg kita kasihi..amin!!!


Aku harap dengan adanya cerita ini aku harap korang faham apa yang aku nak sampaikan...walaupun cerita ini bagi korang bese2 je tetapi bagi aku ianya penuh kesedaran serta keinsafan yang ada di dalam diri aku...setakat sini sajalah cerita blog aku...lain masa lain hari aku update lagi ok hihi so selamat berpuasa selamt mengerjakan solat terawih dan selamat berbuka puase ok.....assalammualaikum